BULLETIN

Persidangan Pemimpin Muda Islam SBP Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Khamis, 8 Februari 2018

Pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak telah menyertai Persidangan Pemimpin Muda Islam SBP Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2018 yang diadakan pada 8 hingga 11 Febuari di SMS  Pasir Puteh, Kelantan.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Tertinggi Organisasi Sekolah

Tarikh Program Dijalankan: 
Isnin, 22 Januari 2018

Pada hari ini, Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Jawatankuasa Tertinggi Organisasi. Penerima watikah pelantikan jawatankuasa tertinggi organisasi ialah :

1) Pengawas Pusat Sumber Sekolah.

2) Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Merentas Desa

Tarikh Program Dijalankan: 
Sabtu, 20 Januari 2018

Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa pada 20 Januari 2018 yang lepas. Tahniah kepada semua murid dan guru yang terlibat.

Majlis Penyerahan Pelantikan Pengerusi Dan Setiausaha Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Rabu, 17 Januari 2018

Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan majlis khas bagi penyerahan pelantikan Pengerusi dan Setiausaha bagi Kelab serta Bada Beruniform pada sesi 2018. Dalam majlis ini, kesemua Pengerusi dan Setiausaha menerima mandat pelantikan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua Encik Roslie Bin Ahmad.

Selamat Datang!

Tarikh Program Dijalankan: 
Rabu, 10 Januari 2018

Hari ini, warga Sekolah Dato' Razak menerima seramai 129 pelajar Tingkatan 1. Pelajar-pelajar ini telah mengambil Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh serta temuduga pada Disember 2017 yang lalu.

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Lembaga Pemimpin Pelajar 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Isnin, 8 Januari 2018

Seramai 62 orang pelajar telah menerima watikah pelantikan sebagai ahli Lembaga Pemimpin Pelajar bagi tahun 2018. Majlis ini telah dihadiri oleh Tuan Wan Shaharuddin Bin Wan Ladin iaitu Ketua Pengarah Perbicaraan Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Jabatan Peguam Negara.

Halaman-halaman