BULLETIN

Selamat kembali ke sekolah!

Tarikh Program Dijalankan: 
Selasa, 1 Januari 2019

Seluruh warga Sekolah Dato' Abdul Razak mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu Tingkatan 1 2019 serta semua pelajar bagi memulakan sesi persekolahan untuk tahun ini.

Semoga kehadiran tahun baharu ini menambahkan lagi keberkatan serta kejayaan bagi seluruh warga SDAR.

HKSBP 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 1 Julai 2018

Pelajar debat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Inovasi SDAR bersama-sama guru pengiring telah berangkat ke Pekan Pahang untuk menyertai HKSBP. Semoga pulang bersama kejayaan.

Sumbangan Baju Raya

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 3 Jun 2018

Sebahagian anak-anak SDAR mendapat sumbangan kelengkapan pakaian raya. Sumbangan ini diterima daripada PIBG,SDARA . Semoga dengan sumbangan ini, anak-anak ini dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah.

Kempen Sekampit Beras

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 3 Jun 2018

Warga Sekolah Dato' Abdul Razak turut mengadakan Kempen Sekampit Beras. Melalui kempen ini, guru serta pelajar menghulurkan bantuan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman serta kurang berkemampuan.

Halaman-halaman