25TH MEF INTERNATIONAL RESEARCH PROJECTS CONTEST, TURKEY

Pada 9 Mei 2016 lepas, pasukan Inovasi SDAR telah menyertai 25th MEF International Research Projects Contest di MEF International School, Besiktas, Istanbul, Turkey. Pertandingan ini berlangsung dari 9 Mei hingga 13 Mei 2016. Pasukan SDAR diwakili Cikgu Irwan Hamzah selaku guru pembimbing manakala pelajar yang mewakili SDAR ialah saudara Faris Putra Bin Zulkarnain (Tingkatan 4) dan Azamuddin Bin Mohd Azman (Tingkatan 3). Pertandingan peringkat antarbangsa ini telah disertai oleh 21 buah sekolah daripada negara Eropah, Asia dan juga Amerika Tengah. Ini merupakan satu pengalaman yang bermakna buat pasukan Inovasi SDAR kerana dapat menunjukkan potensi mereka di peringkat antarabangsa.