COLLABORATIVE EDUCATIONAL PROGRAMME – MALAYSIA AND INDONESIA

Pada 25hb April yang lepas, SDAR telah menerima kunjungan wakil daripada SMA Negeri 6 Purworejo, Jogjakarta. Ini merupakan kunjungan pertama apabila SMA Negeri 6 mengusulkan untuk mengadakan lawatan ’benchmarking’ ke Sekolah Dato’ Abdul Razak pada 25 hingga 28 April 2016 ini. Sekolah yang terlibat ialah SMA Negeri 1 Purworejo, SMA Negeri 6 Purworejo, SMA Negeri 1 Grabag Magelang dan Ma an Nawawi Berjan Purworejo.

Objektif program ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di antara 2 negara dalam bidang pendidikan, kesenian dan kebudayaan, mengadakan perkongsian ilmu dalam hal pentadbiran dan sistem pembelajaran di sekolah antara 2 negara, memberi peluang kepada pelajar dan guru untuk mengenal budaya dan cara hidup di sekolah berasrama penuh dan mencari pengalaman baru dari lawatan ’benchmarking’ yang diadakan.