KARNIVAL SAINS DAN SHOWCASE INOVASI KEJURUTERAAN SBP
Dihantar oleh admin pada Sel, 07/19/2016 - 22:14
Tahniah buat pasukan inovasi SDAR yang telah berjaya mendapat anugerah Gold Award dalam Malaysian International Young Inventors Olympiad (MIYIO) sempena Karnival Sains Dan Showcase Inovasi Kejuruteraan SBP , yang telah diadakan pada 1 – 3 April 2016 , di SM Sains Tun Syed Sheikh Shahabudin , Pulau Pinang. Projek yang dibuat oleh Saudara Nur Azib dan Muslim ialah Automated Watering System 2 . Projek ini mendapat sentuhan guru inovasi SDAR yang sentiasa komited dengan projek inovasi iaitu Cikgu Irwan dan dibantu juga Cikgu R Yusliana yang tidak kurang hebat dalam memberi tunjuk ajar kepada Nur Azib dan Muslim. Semoga pasukan Inovasi SDAR terus sukses dalam melakukan penyelidikan dan Inovasi yang seterusnya.
Tags: