Kempen Sekampit Beras
Dihantar oleh Adminsdar pada Kha, 06/07/2018 - 13:57
Tarikh Program Dijalankan:
Ahad, 3 Jun 2018
Warga Sekolah Dato' Abdul Razak turut mengadakan Kempen Sekampit Beras. Melalui kempen ini, guru serta pelajar menghulurkan bantuan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman serta kurang berkemampuan. Dalam kempen ini, bantuan beras dihulurkan bagi meringankan beban serta berkongsi rezeki dibulan mulia ini.