KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN KE 10

Tahun ini, SDAR telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Murid Peringkat Kebangsaan buat kali ke – 10. Kursus ini diadakan selama 4 hari bermula 23 Feb dan berakhir pada 26 Feb 2016. Kursus ini melibatkan ketua dan penolong ketua murid daripada 68 buah sekolah berasrama penuh di seluruh Malaysia. Program ini dijalankan di Pusat Dakwah Islmiah, Paroi, Negeri Sembilan. Pihak JK Program ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak Menteri Besar Negeri Sembilan, kerana telah menaja makan Malam Perdana Sempena Kursus Ketua dan Penolong Ketua Murid ini di Klana Resort, Seremban pada 24 Feb yang lalu.

Tags: