MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HAL EHWAL MURID DAN KECEMERLANGAN KOKURIKULUM SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK SESI 2014/2015

Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid dan Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah Dato’ Abdul Razak Sesi 2014/2015 telah diadakan pada 30hb Oktober 2015 yang lepas. Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Dr. Jamil B. Ismail, Dekan Fakulti Sains Industri dan Teknologi, Universiti Malaysia Pahang. Program ini merupakan gabungan program HEM dan Kokurikulum buat kali pertama bagi tujuan penjimatan kos sesuai dengan keadaan ekonomi semasa negara. Pelbagai anugerah diberikan kepada individu – individu yang terpilih pada majlis tersebut. Antara anugerah yang diberikan adalah :

SENARAI ANUGERAH KOKURIKULUM

a) Anugerah Kokurikulum Terbaik Badan Beruniform

b) Anugerah Kokurikulum Terbaik Persatuan / Kelab

c) Anugerah Kokurikulum Terbaik Sukan & Permainan

d) Anugerah Sinar Gemilang

(Pasukan yang telah menunjukan pencapaian paling cemerlang)

e) Anugerah Khas Kokurikulum Guru

(Guru yang membimbing pasukan dan pelajar sehingga ke peringkat kebangsaan)

f) Anugerah Khas Khidmat Bakti Bukan Guru

(Individu yang telah menyumbangkan khidmat bakti untuk meningkatkan kokurikulum SDAR)

g) Anugerah Sinar Cemerlang

(PelajarTingkatan 1 – 4 yang telah mencapai kejayaan di peringkat kebangsaan pada tahun semasa)

h) Anugerah Sinar Persada (Anugerah Bukan Sukan)

i) Anugerah Half Colour

j) Anugerah Full Colour

k) Anugerah Tokoh Tuan Syed Jaafar Al Idrus – Kokurikulum

ANUGERAH HEM

a) Anugerah Kelas Terbaik

b) Anugerah Kamar Terbaik Setiap Blok

c) Anugerah Rumah Terbaik (Sahsiah)

d) Anugerah Rumah Terbaik (3K)

e) Anugerah Rumah Terbaik (Kokurikulum)

f) Anugerah Rumah Terbaik (Akademik)

g) Anugerah Khas Khidmat Bakti Pelajar

h) Anugerah Khas Kepimpinan

i) Anugerah Tokoh Tuan Syed Jaafar Al Idrus – HEM

j) Anugerah Rumah Terbaik Keseluruhan

Pada tahun ini , Anugerah Tokoh Tuan Syed Jaafar Al Idrus ( Kokurikulum) telah diberikan kepada saudara MUHAMMAD ASYRAF B. ABD KADIR manakala bagi Anugerah Tokoh Tuan Syed Jaafar Al Idrus ( Hal Ehwal Murid ) diberikan kepada saudara SAMSUL AMIRUL B. SAMSUL BADRIN