Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid

Tarikh Program Dijalankan: 
Sabtu, 23 September 2017

Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Peringkat Sekolah Dato’ Abdul Razak telah diadakan pada 23 September 2017 di Dewan Tun Abdul Razak. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, YBHG. Tan Sri Dr.Khair B. Mohamad Yusof.

Pengiktirafan yang diberikan kepada pelajar berpencapaian cemerlang tidak dibataskan kepada bidang kurikulum semata-mata malah bidang kokurikulum dan hal ehwal murid juga mesti berjalan seiringan. Sehubungan dengan itu, Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid yang diadakan telah menyaksikan pelbagai kategori anugerah yang diberikan. Antaranya persatuan, unit beruniform,sukan dan permainan terbaik, anugerah khidmat bakti, Half Colours dan Full Colours, serta kemuncaknya iaitu Anugerah Khas Kepimpinan yang diberikan kepada Muhammad Aiman B Noor Izan, Anugerah Khas Pengetua iaitu Muhammad Haikal Hazwan B Md Yatin, Anugerah Tokoh Tuan Syed Jaafar Al Idrus (Kokurikulum)  yang dianugerahkan kepada Faris Putra B Zulkarnain dan Muhammad Nabhan B Kamarudzaman serta Anugerah Tokoh Tuan Syed Jaafar Al-Idrus ( Hal Ehwal Murid) iaitu diberikan kepada Muhammad Farhan B Aizan.

Tahniah kepada para penerima anugerah serta para guru yang terlibat dalam menjayakan majlis anugerah ini.