Majlis Pelantikan Jawatankuasa Organisasi Sekolah 2019

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 25 Januari 2019

Setiausaha Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Dato' Haji Kamal Amran Kamarudin hadir merasmikan Majlis Pelantikan Jawatankuasa Tertinggi Organisasi Sekolah Dato' Abdul Razak (SDAR) hari ini.

Beliau yang juga merupakan bekas pelajar di Sekolah berkenaan turut menyampaikan watikah kepada 46 pelajar yang terlibat.

Terdapat lima watikah-watikah yang disampaikan hari ini iaitu Pelajar Penggerak Digital; Ahli Lembaga Koperasi Sekolah; Pengawas Pusat Sumber; Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) serta Badan Agama Dakwah Akhlak Dan Rohani (BADAR).

Objektif pelantikan ini diadakan bertujuan memberi peluang kepada para pelajar untuk berasa dihargai dan mendapat pengiktirafan daripada pihak Sekolah.

Selain itu juga dengan adanya pelantikan seperti ini dapat meningkatkan motivasi serta rasa tanggungjawab didalam kalangan pelajar semasa menjalankan tugas.