Majlis Pelantikan Organisasi Sekolah 2020

Tarikh Program Dijalankan: 
Isnin, 13 Januari 2020

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Rosli bin Ahmad, Pengetua Sekolah Dato' Abdul Razak. Majlis berlangsung dengan lancar bertempat di Dewan Tun Abdul Razak. Sebanyak lima organisasi sekolah telah dilantik semasa majlis dijalankan.

Antara organisasi sekolah tersebut termasuklah :

- Badan Agama Dakwah Akhlak dan Rohani (BADAR)
- Pengawas Perpustakaan Tun Hussein Onn (PPTHO)
- Ahli Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
- Ahli Koperasi
- Duta Penggerak Digital (DPD)

Para pelajar yang telah dilantik melafazkan ikrar yang dipimpin oleh Presiden BADAR iaitu Syahmi Azri Azizi. Majlis diakhiri dengan sesi fotografi.

Tags: