Majlis Penyerahan Pelantikan Pengerusi Dan Setiausaha Kelab, Persatuan dan Badan Beruniform 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Rabu, 17 Januari 2018

Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan majlis khas bagi penyerahan pelantikan Pengerusi dan Setiausaha bagi Kelab serta Bada Beruniform pada sesi 2018. Dalam majlis ini, kesemua Pengerusi dan Setiausaha menerima mandat pelantikan yang disampaikan oleh Tuan Pengetua Encik Roslie Bin Ahmad.

Majlis turut meraikan kenaikan pangkat bagi Badan Beruniform iaitu Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis, Pertubuhan Kadet Bersatu Malaysia. Pelajar-pelajar ini telah lulus ujian kenaikan pangkat dan berjaya mendapat kenaikan pangkat.

Syabas bagi semua yang terlibat.