Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah Dato' Abdul Razak

Tarikh Program Dijalankan: 
Rabu, 16 Ogos 2017

Pada hari Rabu 16 Ogos 2017, Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan peringkat Sekolah Dato' Abdul Razak telah diadakan di Dataran Bestari.

Majlis yang bermula seawal 7.15 pagi ini telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua Encik Safuan bin Haji Raba'ai melalui upacara "Hand Print".

Bertepatan dengan tema Sambutan Kemerdekaan tahun ini iaitu " Negaraku Sehati Sejiwa", majlis diserikan dengan persembahan deklamasi sajak oleh wakil pelajar. Sajak Kemerdekaan yang bertajuk " Tanah Air" ini disampaikan dalam enam bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin, Bahasa Perancis dan Bahasa Arab. Majlis ini turut diserikan dengan nyanyian lagu patriotik oleh para guru dan pelajar.

 Pelbagai aktiviti menarik untuk guru dan pelajar sepanjang Bulan Kemerdekaan akan diadakan antaranya ialah pertandingan FrogPlay Sejarah, pertandingan poster, pertandingan penulisan, pertandingan hiasan kelas dan asrama, kaligrafi Sehati Sejiwa, permainan tradisional dan banyak lagi. Semoga dengan pelancaran bulan kemerdekaan ini dapat menaikkan lagi semangat cintakan negara seluruh warga sekolah.

Tags: