MAKLUMAN KEPADA SEMUA CALON UJIAN PKSK (19 - 21 OKTOBER 2020)

Tarikh Program Dijalankan: 
Isnin, 19 Oktober 2020

Makluman kepada semua calon PKSK yang akan mengambil ujian di Sekolah Dato’ Abdul Razak diharapkan dapat mematuhi SOP / peraturan yang telah ditetapkan sepanjang sesi ujian berlangsung.

Tarikh Ujian : 

19 Oktober - 21 Oktober 2020

 

Tempat : 

Bilik Ujian Artikulasi : Future Classroom 1

Bilik Ujian PKSK Atas Talian : Makmal Komputer Bestari 2

 

Masa Ujian :

Sesi 1 

7.30 pg - 8.00 pg    :     Pendaftaran calon

8.00 pg - 10.30 pg    :     Ujian Artikulasi Penulisan & Ujian PKSK Atas Talian

 

Sesi 2

9.45 pg - 10.30 pg    :    Pendaftaran calon

10.30 pg - 1.00 ptg    :    Ujian Artikulasi Penulisan & Ujian PKSK Atas Talian

 

Sesi 3

1.30 ptg - 2.00 ptg    :    Pendaftaran calon

2.00 ptg - 4.30 ptg    :    Ujian Artikulasi Penulisan & Ujian PKSK Atas Talian

 

SOP COVID-19 CALON PKSK

  1. Hanya seorang waris sahaja (Ibu / bapa / penjaga) yang dibenarkan masuk ke kawasan sekolah untuk menurunkan calon di lobi Dewan Tun Abdul Razak.
  1. Waris dan calon DIWAJIBKAN memakai pelitup muka.
  1. Waris dan calon berhenti di Pondok Pengawal dan melakukan perkara berikut:-

a. Waris dan calon mengimbas suhu di Pondok Pengawal. (Sekiranya bergejala dan suhu melebihi 37.5, waris dan calon akan diminta pulang ke rumah dan memaklumkan kepada PPD Seremban / BPSBP untuk urusan pertukaran tarikh baharu) .

b. Imbas mySejahtera (untuk waris sahaja)

  1. Waris kemudian menurunkan calon di lobi Dewan Tun Abdul Razak. Hanya calon sahaja yang dibenarkan untuk turun ke lobi.
  1. Waris diminta untuk meninggalkan kawasan sekolah dan datang semula selepas sesi tamat (rujuk maklumat di atas)
  1. Waris perlu mengulang langkah a dan b semasa masuk ke kawasan sekolah untuk mengambil calon di lobi Dewan Tun Abdul Razak (ruang menunggu berhadapan meja pendaftaran).
  1. Sebelum memulakan sesi pendaftaran, calon dikehendaki mengimbas semula suhu untuk tujuan rekod AJK Pendaftaran.

 

PERKARA PENTING YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN OLEH CALON SEBELUM MENDUDUKI UJIAN PKSK 

  1. Calon perlu berpakaian lengkap seragam sekolah.
  1. Bawa bersama kad pengenalan atau sijil kelahiran dan slip menduduki ujian yang telah dicetak.
  1. Alat tulis dan kalkulator dibenarkan dibawa ke bilik ujian.
  1. Telefon bimbit dan sebarang peranti elektronik (selain kalkulator) adalah tidak dibenarkan untuk dibawa ke bilik ujian. (Telefon bimbit akan dilabel oleh AJK Pendaftaran dan disimpan di dalam kotak Khas . Barang tersebut boleh dituntut selepas selesai ujian PKSK Atas Talian
  1. Terdapat 3 sesi ujian pada setiap hari. Mohon patuhi masa yang telah ditetapkan pada slip peperiksaan anda. Kegagalan anda mematuhi masa, akan menimbulkan masalah kepada diri anda sendiri.
  1. Calon yang lewat tidak dibenarkan masuk ke bilik ujian pada waktu tersebut, sebaliknya perlu menunggu kekosongan pada slot berikutnya (tempat adalah terhad). Harap dapat patuhi masa yang ditetapkan.

 

TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN...SELAMAT BERJAYA