MESYUARAT AGUNG PIBG KE – 37

Selesai sudah mesyuarat Agung PIBG KE-37 . Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBHG Datuk Azhar B Wahab, NYDP SDARA. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang telah sudi hadir ke mesyuarat Agung PIBG kali ini. Pelbagai perancangan dari segi hal Akademik, HEM dan Kokurikulum serta hal pengurusan sekolah telah dibentangkan oleh Tuan Pengetua, En Safuan B Hj Raba’ai, PPT sebelum mesyuarat bermula. Pihak PIBG turut menyediakan senarai bayaran bagi sumbangan PIBG untuk sesi persekolahan 2016. Para ibu bapa boleh dapatkan maklumat tersebut melalui pengurusan PIBG atau sekolah.

Selain daripada itu, pihak sekolah iaitu Team Admin FROGVLE SDAR turut menyediakan ruang pameran bagi memperkenalkan pembelajaran secara maya , FROG VLE kepada para ibu bapa yang hadir pada mesyuarat tersebut. Para ibu bapa diajar cara untuk log masuk ke laman FROG VLE Sekolah Dato’ Abdul Razak dan juga cara untuk menyemak / melihat aktiviti anak – anak mereka yang menggunakan FROG VLE .

Tags: