PERASMIAN DAN PELANCARAN SMART HUFFAZ

Pada 6 April 2015, Sekolah Dato’ Abdul Razak mengadakan majlis perasmian dan pelancaran Smart Huffaz. Program Smart Huffaz ini bertujuan menarik minat pelajar untuk menghafal surah-surah wajib dalam pertandingan majlis tilawah Al Quran dan beberapa surah penting serta surah-surah pilihan mengikut juzuk. Pelajar-pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 1 seramai 25 orang. Besar harapan warga SDAR agar program ini dapat meningkatkan minat pelajar-pelajar SDAR untuk mendalami Al-Quran sesuai dengan slogan, “SMART HUFFAZ: MENJANA GENERASI AL-QURAN”.