PROGRAM MENJELAJAH HUTAN PAYA LAUT MATANG TAIPING PERAK
Dihantar oleh admin pada Sel, 07/19/2016 - 21:59
Pada 31 Oktober yang lepas , 29 orang pelajar tingkatan 2 bersama dengan 3 orang guru bagi subjek Geografi telah membuat lawatan ke Hutan Paya Laut Matang, Taiping , Perak. Lawatan ini adalah program anjuran panitia yang diberi nama Program Menjelajah Hutan Paya Laut Matang, Taiping, Perak. Program berlangsung selama 2 hari iaitu bermula dari 31 Oktober hingga 1 November 2015. Program ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengetahui lebih lanjut tentang tumbuhan paya bakau dan juga kepentingan/kegunaan paya bakau dalam kehidupan harian manusia.
Tags: