PROGRAM PENINGKATAN SAINS PT3
Dihantar oleh admin pada Sel, 07/19/2016 - 21:43
Panitia Sains telah mengadakan Program Peningkatan Sains PT3 pada 8 April 2016, Jumaat buat pelajar tingkatan 3. Program ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang, di dewan Tun Abdul Razak. Encik Aris B Mohd Hassan, merupakan penceramah yang telah dijemput bagi menyampaikan ceramah pada petang tersebut. Beliau merupakan seorang guru Sains yang sangat berpengalaman, kerana telah mengajar subjek Sains selama 32 tahun.
Tags: