Program RnR Sejarah
Dihantar oleh Adminsdar pada Kha, 10/15/2020 - 22:32
Tarikh Program Dijalankan:
Khamis, 15 Oktober 2020
Program RnR Sejarah ini merupakan program yang dianjurkan oleh Panitia Sejarah. Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan 2 dan 3. Mereka dikehendaki menyediakan bahan pembentangan mengikut tajuk yang telah disediakan oleh guru Sejarah masing - masing. Para pelajar akan menyediakan bahan pembentangan dalam pelbagai bentuk/medium mengikut kreativiti masing - masing. Pelajar akan menggunakan bahan yang disediakan untuk berkongsi idea / maklumat tentang tajuk yang dibincangkan bersama - sama dengan pelajar lain yang berkunjung ke tempat pameran. Program ini berlangsung selama 2 jam bermula dari jam 2.30 - 4.30 petang. Tahniah dan syabas kepada semua pelajar yang terlibat...
Tags: