PROGRAM SENAMROBIK SDAR

Pada tahun ini, program senamrobik diadakan setiap hari Ahad, melibatkan semua pelajar SDAR. Program ini adalah kesinambungan daripada program 1M1S , di mana semua pelajar wajib menyertai aktiviti ini bagi mendidik mereka supaya mengamalkan gaya hidup yang sihat. Selain daripada aktiviti senamrobik, pada tiap – tiap petang, beberapa orang pelajar turut melakukan aktiviti jogging beramai – ramai selain melakukan aktiviti riadah yang lain.