SAMBUTAN HARI GURU SDAR 2015

Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang disambut dengan penuh meriah. Terima kasih kepada para pelajar yang telah bertungkus lumus serta bersama – sama menggembleng tenaga dalam menguruskan persiapan bagi sambutan hari guru ini. Pelbagai aktiviti yang menghiburkan telah dirancang oleh para pelajar, dan semua guru amat ‘sporting’ dalam menjayakan aktiviti tersebut. Terima kasih juga kepada pasukan Briged Bestari SDAR dan juga pelajar tingkatan 5 yang telah menyediakan satu persembahan multimedia yang amat menyentuh hati para guru sempena sambutan Hari Guru pada tahun ini. Kami, warga pendidik berharap apa yang disampaikan dalam video tersebut dapat memberi kesan kepada para pelajar umumnya tentang betapa beratnya tanggungjawab seorang pendidik dan bagaimana terhirisnya perasaan seorang guru apabila pelajar tidak menghargai jasa serta tugas mereka. Kami, warga guru SDAR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang sama ada dalam bentuk wang ringgit atau tenaga bagi menjayakan sambutan ini, terutama pihak Pelajar SDAR, Kelab Guru, PIBG, SDARA serta Ibu Bapa. TERIMA KASIH…

Tags: