SELAMAT DATANG PENGETUA BARU

Tanggal 5 Oktober 2015, En Safuan Bin Haji Raba’ai, PPT akan memulakan tugas beliau sebagai pengetua baharu di Sekolah Dato’ Abdul Razak menggantikan En Abdul Halim B Md Yunus yang kini bertugas di SMK Rantau. Akhirnya terjawab sudah persoalan siapakah gerangan peneraju SDAR yang baharu. En Safuan merupakan bekas pengetua di SMK Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Perak. Semoga kehadiran beliau ke SDAR dapat memimpin warga SDAR menuju ke arah kejayaan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dan seterusnya dapat mendidik anak- anak pelajar SDAR supaya menjadi insan yang dapat membanggakan / mengharumkan nama SDAR suatu hari nanti. Insha Allah…

…………….SELAMAT DATANG EN SAFUAN BIN HAJI RABA’AI…………….

Tags: