TAHNIAH…

Tarikh Program Dijalankan: 
Rabu, 8 Januari 2014

Tahniah kepada pasukan bola keranjang , Redwings dan pasukan hoki Prodigy yang telah bergelar juara dalam perlawanan masing – masing. Semoga kedua – dua pasukan ini dapat mengharumkan nama SDAR dalam HKSBP Peringkat Kebangsaan nanti. Tahniah juga diucapkan kepada pasukan memanah SDAR Robins yang berjaya membawa pulang 2 pingat Perak dan 2 pingat gangsa dalam Kejohanan Memanah SBP Peringkat Kebangsaan. 2 orang pelajar SDAR , telah dipilih untuk mewakili Negeri Sembilan dalam Kejohanan MSSM yang diadakan di Perlis nanti. Selain daripada itu, tahniah juga diucapkan buat 2 orang pelajar SDAR yang mewakili sekolah dalam pertandingan catur, iaitu Afiq Jamil dan Iskandar Hakimi. Mereka telah berjaya menempatkan diri mereka dalam kalangan 10 terbaik dalam pertandingan Kejohanan Catur Tertbuka Kolej Mara Seremban. Bagi pasukan yang tidak berjaya meraih kejayaan yang besar, jangan putus asa. Masih ada peluang yang boleh diraih bagi menebus semula maruah dan seterusnya memahat sejarah.