TAHNIAH!

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 25 Ogos 2017

Pada 25 hingga 28 Ogos 2017 lalu, pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengambil bahagian di dalam Pertandingan Debat dan Pidato Yayasan Selangor ke-9.

Pertandingan ini telah berlangsung di Universiti Selangor Kampus Bestari Jaya, Selangor. Peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan debat ialah Muhammad Zikry bin Mohd Said, Amir Aiman bin Othman dan Muhammad Amin Baihaqi bin Mat Zuki.

Pelajar-pelajar ini telah berjaya sampai ke peringkat separuh akhir malah Amin Aiman bin Othman telah berjaya mendapat kedudukan kelima terbaik peserta debat keseluruhan. Sekolah Dato' Abdul Razak telah berjaya memperoleh tempat ketiga dalam pertandingan ini. Syabas diucapkan.

 

Tags: