TAHNIAH MERANTI 2013-2017!

Tarikh Program Dijalankan: 
Khamis, 15 March 2018

Detik kejayaan dilakar oleh warga SDAR apabila keputusan SPM 2017 telah mencatat keputusan yang cemerlang. Seramai 3 orang pelajar telah memperoleh 10A+ dan 26 orang pelajar menerima kesemua A. Ini telah melonjakkan SDAR dan menjadikan kedudukan SDAR di kelompok 20 buah sekolah teratas daripada 69 buah sekolah berasrama penuh di Malaysia. GPS SDAR telah meningkat dari 2.31 pada tahun 2016 kepada 1.91 pada 2017.

 

Syabas dan tahniah kepada para pelajar. Usaha yang gigih telah membuahkan hasil. Semoga SDAR terus gemilang.