World Invention and Technology Expo, Institut Technology Bandung, Indonesia

Tarikh Program Dijalankan: 
Isnin, 12 March 2018

Pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak telah menyertai  World Invention and Technology Expo di Institut Teknologi Bandung. Pasukan Inovasi dan Rekacipta SDAR telah memperolehi Gold Prize.

Syabas dan tahniah kepada guru dan pelajar. Satu pencapaian yang sangat membanggakan.

TAHNIAH!

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 11 March 2018

Syabas kepada Pasukan Debat SDAR yang memperolehi NAIB JOHAN dalam Cabaran Debat Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Workshop dan Performance with Norfolk Windband Uk& Sekolah Sains Kuching Sarawak

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 9 March 2018

Pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak telah menyertai program Workshop and performance with Norfolk Windband UK& Sekolah Sains Kuching Sarawak pada 9-10 Mac 2018.

Tahniah para pelajar.

Mesyuarat Agung Tahunan Pibg Sekolah Dato' Abdul Razak ke-39

Tarikh Program Dijalankan: 
Sabtu, 3 March 2018

        Pada hari Sabtu iaitu 3 Mac 2018 yang lalu, Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Jamaludin Bin Buang iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).

Festival Kesenian Islam SBP Zon Selatan

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 2 March 2018

Pelajar SDAR telah menyertai festival kesenian Islam Zon Selatan pada 2 hingga 3 Mac. Pelajar SDAR telah memperolehi Anugerah Emas dalam nasyid iaitu naib Johan, anugerah Gangsa bagi pertandingan khat serta anugerah Perak bagi pertandingan syarahan.

Perkhemahan BSMM

Tarikh Program Dijalankan: 
Selasa, 27 Februari 2018

Pelajar SDAR telah menyertai perkhemahan BSMM yang diadakan di Kem Pusako Lenggeng.Dalam perkhemahan ini, pelajar SDAR telah memperolehi kejayaan dalam pelbagai kategori. Antaranya ialah :

1.Johan Khemah terbaik

2.Naib Johan masakan rimba berkumpulan

Persidangan Pemimpin Muda Islam SBP Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Khamis, 8 Februari 2018

Pelajar Sekolah Dato' Abdul Razak telah menyertai Persidangan Pemimpin Muda Islam SBP Peringkat Kebangsaan Kali Pertama 2018 yang diadakan pada 8 hingga 11 Febuari di SMS  Pasir Puteh, Kelantan.

Halaman-halaman