Alhamdulillah dan tahniah buat panitia Sejarah kerana telah melaksanakan Program Sinar Perkasa Sejarah Tingkatan 4.Program ini dijalankan selepas solat Jumaat iaitu bermula dari pukul 2.30 hingga 5.00 petang.
Panitia Sains telah mengadakan Program Peningkatan Sains PT3 pada 8 April 2016, Jumaat buat pelajar tingkatan 3. Program ini bermula jam 2.00 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang, di dewan Tun Abdul Razak.
Program literasi maklumat telah diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana pada 16 April yang lepas. Beberapa orang pelajar tingkatan 5 telah mewakili sekolah dalam program tersebut, di mana mereka perlu membuat pembentangan bagi tajuk yang telah dipilih oleh mereka.
Beberapa orang pelajar SDAR telah dipilih oleh Sensei Hafiza dan Kayoko Kuno untuk menyertai 10th Annual Japanese Language Festival yang telah diadakan di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM Jalan Semarak.
Tahniah buat pasukan Rekacipta SDAR yang telah berjaya meraih tempat ketiga dalam pertandingan Anugerah Harta Intelek Negara 2016 peringkat zon tengah. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di ibu pejabat MyIPO bangsar KL.
Panitia Sejarah telah mengadakan lawatan benchmarking ke SMA Negeri 1, dalam Program Kembara Ilmu SDAR – Indonesia 2016. Program ini berlangsung selama 5 hari iaitu bermula dari 31hb Mei – 4 Jun 2016.
Minggu Sains Dan Matematik pada tahun ini telah berlangsung pada 24 Mei hingga 27 Mei 2016. Pelancaran telah dilaksanakan pada 24 Mei , dan dilancarkan oleh Tn Hj Ahmad Shafrin B Abdul Aziz, Penolong Kanan SDAR.
Perkampungan Ilmu Siri 1 melibatkan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 telah berlangsung pada 27 Mei dan akan berakhir pada 30 Mei 2016 selepas jam 1.00 petang. Program ini melibatkan kelas – kelas tambahan bagi beberapa subjek yang terpilih bagi menengah rendah dan juga menengah atas.
2 orang pelajar SDAR iaitu saudara Firdaus dan juga Faris Putra telah mewakili SDAR dalam Genius International High School Project Olympiad 2016 at SUNY Oswego, New York, USA. Program ini berlangsung dari 12 hingga 17 Jun 2016.