Minggu Sains Dan Matematik pada tahun ini telah berlangsung pada 24 Mei hingga 27 Mei 2016. Pelancaran telah dilaksanakan pada 24 Mei , dan dilancarkan oleh Tn Hj Ahmad Shafrin B Abdul Aziz, Penolong Kanan SDAR.
Perkampungan Ilmu Siri 1 melibatkan pelajar Tingkatan 3, 4 dan 5 telah berlangsung pada 27 Mei dan akan berakhir pada 30 Mei 2016 selepas jam 1.00 petang. Program ini melibatkan kelas – kelas tambahan bagi beberapa subjek yang terpilih bagi menengah rendah dan juga menengah atas.
2 orang pelajar SDAR iaitu saudara Firdaus dan juga Faris Putra telah mewakili SDAR dalam Genius International High School Project Olympiad 2016 at SUNY Oswego, New York, USA. Program ini berlangsung dari 12 hingga 17 Jun 2016.