Halaman Berita HEM

Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Asrama Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2019

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 22 Februari 2019

Zawir Zakwan bin Sahmsul Anuar mendapat peserta terbaik rumah Rahman (Kuning) ketika Kursus Kepemimpinan dan Pengurusan Asrama Sekolah Berasrama Penuh Peringkat Kebangsaan 2019.

Tahniah dan syabas!

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Lembaga Pemimpin Pelajar 2019

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 1 Februari 2019

Majlis Penyerahan Watikan Pelantikan Lembaga Pemimpin Pelajar 2019 telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Zainudin bin Mohd Ali iaitu Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan. Beliau juga merupakan mantan pelajar SDAR. Majlis turut menyaksikan para pemimpin pelajar melafazkan ikrar.

Taklimat Pengurusan Hal Disiplin Pelajar SDAR Bagi Tahun 2019

Tarikh Program Dijalankan: 
Selasa, 22 Januari 2019

Pada 22 Jan yang lepas, selepas solat Maghrib , telah diadakan taklimat berkaitan dengan pengurusan disiplin pelajar SDAR. Taklimat diberikan oleh En Wan Muhammad Taufik selaku SU Disilpin SDAR  dan dibantu oleh beberapa orang warden.

Kempen Sekampit Beras

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 3 Jun 2018

Warga Sekolah Dato' Abdul Razak turut mengadakan Kempen Sekampit Beras. Melalui kempen ini, guru serta pelajar menghulurkan bantuan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman serta kurang berkemampuan.

Majlis Iftar Perdana 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Sabtu, 2 Jun 2018

Warga SDAR dengan kerjasama PIBG serta SDARA telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana pada 2 Jun 2018. Pelajar-pelajar serta hadirin berpeluang menikmati juadah berbuka puasa didalam dulang serta menunaikan terawih secara berjemaah di Surau Al-Quds.

Halaman-halaman