Para ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan hal anak-anak , pengurusan sekolah, asrama dan sebagainya , bolehlah menyertai grup PIBG SDAR. Admin yang menguruskan grup ini adalah wakil PIBG SDAR , terdiri daripada ibu bapa pelajar dan guru yang telah dilantik.
Sepanjang 13hb – 24hb Januari 2015, pelajar tingkatan 1 menjalani minggu orientasi untuk membiasakan diri dengan keadaan di asrama dan mematangkan fikiran pelajar. Program ini dilaksanakan dengan bantuan pelajar tingkatan 5 selaku abang-abang.
Pada tahun ini, hari terbuka asrama Sekolah Dato’ Abdul Razak akan diadakan pada 7 Mac 2015. Program ini akan berlangsung seawal jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Alhamdulillah, selesai sudah sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah yang disambut dengan penuh meriah. Terima kasih kepada para pelajar yang telah bertungkus lumus serta bersama – sama menggembleng tenaga dalam menguruskan persiapan bagi sambutan hari guru ini.
Pada 25hb April yang lepas, SDAR telah menerima kunjungan wakil daripada SMA Negeri 6 Purworejo, Jogjakarta. Ini merupakan kunjungan pertama apabila SMA Negeri 6 mengusulkan untuk mengadakan lawatan ’benchmarking’ ke Sekolah Dato’ Abdul Razak pada 25 hingga 28 April 2016 ini.
Pada 16 Jun 2016 yang lepas, Y.M.Raja Datin Seri Hajah Salbiah Binti Tengku Nujumudin telah berkunjung ke SDAR untuk lawatan Rasmi sempena Program Tadarus & Khatam Al – Quran Perdana 2016 . Majlis ini diadakan di Masjid Al Quds SDAR.
Tanggal 5 Oktober 2015, En Safuan Bin Haji Raba’ai, PPT akan memulakan tugas beliau sebagai pengetua baharu di Sekolah Dato’ Abdul Razak menggantikan En Abdul Halim B Md Yunus yang kini bertugas di SMK Rantau. Akhirnya terjawab sudah persoalan siapakah gerangan peneraju SDAR yang baharu.
Selamat menduduki peperiksaan SPM 2015, yang akan bermula beberapa jam sahaja lagi. Semoga batch Gemilang 1115 telah bersedia untuk menghadapi peperiksaan SPM dan seterusnya dapat melakar satu sejarah yang manis buat warga SDAR , insha Allah.
Majlis Anugerah Kecemerlangan Hal Ehwal Murid dan Kecemerlangan Kokurikulum Sekolah Dato’ Abdul Razak Sesi 2014/2015 telah diadakan pada 30hb Oktober 2015 yang lepas. Majlis ini dirasmikan oleh Ybhg. Prof. Dr. Jamil B.