Halaman Berita Kokurikulum

Kejohanan Memanah SBP Peringkat Kebangsaan

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 15 April 2018

Pasukan Memanah SDAR telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Memanah SBP Kebangsaan yang dijalankan di SBPI Rawang pada 15 April. Pasukan memanah SDAR telah memperolehi 1 anugerah emas, 3 anugerah perak dan 2 anugerah gangsa.

 

Tahniah dan syabas diucapkan.

Mini HKSBP 'Friendly' Negeri Sembilan

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 6 April 2018

Pasukan Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SDAR telah memperoleh kejayaan dalam Mini HKSBP 'Friendly' Negeri Sembilan yang berlangsung pada 6 hingga 9 April di SM Sains Perempuan.

 

1. Johan Debat Bahasa Melayu

2. Naib Johan Debat Bahasa Inggeris.

TAHNIAH!

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 11 March 2018

Syabas kepada Pasukan Debat SDAR yang memperolehi NAIB JOHAN dalam Cabaran Debat Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia baru-baru ini.

Festival Kesenian Islam SBP Zon Selatan

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 2 March 2018

Pelajar SDAR telah menyertai festival kesenian Islam Zon Selatan pada 2 hingga 3 Mac. Pelajar SDAR telah memperolehi Anugerah Emas dalam nasyid iaitu naib Johan, anugerah Gangsa bagi pertandingan khat serta anugerah Perak bagi pertandingan syarahan.

Perkhemahan BSMM

Tarikh Program Dijalankan: 
Selasa, 27 Februari 2018

Pelajar SDAR telah menyertai perkhemahan BSMM yang diadakan di Kem Pusako Lenggeng.Dalam perkhemahan ini, pelajar SDAR telah memperolehi kejayaan dalam pelbagai kategori. Antaranya ialah :

1.Johan Khemah terbaik

2.Naib Johan masakan rimba berkumpulan

Halaman-halaman