Halaman Berita Kokurikulum

Tahniah !! Buat pasukan bola sepak Alpha SDAR

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 16 April 2017

Alhamdulillah dan tahniah buat pasukan bola sepak ALPHA SDAR kerana telah berjaya dinobatkan juara dalam pertandingan bola sepak SUPER 4 di Sekolah Sultan Alam Shah (SAS) . Pertandingan ini telah berlangsung selama 3 hari iaitu 14 hingga 16 April 2017. 

KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN KE 10

Tahun ini, SDAR telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Murid Peringkat Kebangsaan buat kali ke – 10. Kursus ini diadakan selama 4 hari bermula 23 Feb dan berakhir pada 26 Feb 2016.

COLLABORATIVE EDUCATIONAL PROGRAMME – MALAYSIA AND INDONESIA

Pada 25hb April yang lepas, SDAR telah menerima kunjungan wakil daripada SMA Negeri 6 Purworejo, Jogjakarta. Ini merupakan kunjungan pertama apabila SMA Negeri 6 mengusulkan untuk mengadakan lawatan ’benchmarking’ ke Sekolah Dato’ Abdul Razak pada 25 hingga 28 April 2016 ini.

LAWATAN RASMI Y.M. RAJA DATIN SERI HAJAH SALBIAH BINTI TENGKU NUJUMUDIN SEMPENA PROGRAM TADARUS KHATAM AL – QURAN PERDANA 2016

Pada 16 Jun 2016 yang lepas, Y.M.Raja Datin Seri Hajah Salbiah Binti Tengku Nujumudin telah berkunjung ke SDAR untuk lawatan Rasmi sempena Program Tadarus & Khatam Al – Quran Perdana 2016 . Majlis ini diadakan di Masjid Al Quds SDAR.

TAHNIAH…

Tarikh Program Dijalankan: 
Rabu, 8 Januari 2014

Tahniah kepada pasukan bola keranjang , Redwings dan pasukan hoki Prodigy yang telah bergelar juara dalam perlawanan masing – masing. Semoga kedua – dua pasukan ini dapat mengharumkan nama SDAR dalam HKSBP Peringkat Kebangsaan nanti.

Halaman-halaman