Halaman Berita Media

KURSUS KEPEMIMPINAN KETUA DAN PENOLONG KETUA MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH PERINGKAT KEBANGSAAN KE 10

Tahun ini, SDAR telah dipilih sebagai tuan rumah bagi Kursus Kepemimpinan Ketua dan Penolong Ketua Murid Peringkat Kebangsaan buat kali ke – 10. Kursus ini diadakan selama 4 hari bermula 23 Feb dan berakhir pada 26 Feb 2016.

GROUP FB PIBG SDAR

Para ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan hal anak-anak , pengurusan sekolah, asrama dan sebagainya , bolehlah menyertai grup PIBG SDAR. Admin yang menguruskan grup ini adalah wakil PIBG SDAR , terdiri daripada ibu bapa pelajar dan guru yang telah dilantik.

COLLABORATIVE EDUCATIONAL PROGRAMME – MALAYSIA AND INDONESIA

Pada 25hb April yang lepas, SDAR telah menerima kunjungan wakil daripada SMA Negeri 6 Purworejo, Jogjakarta. Ini merupakan kunjungan pertama apabila SMA Negeri 6 mengusulkan untuk mengadakan lawatan ’benchmarking’ ke Sekolah Dato’ Abdul Razak pada 25 hingga 28 April 2016 ini.

LAWATAN RASMI Y.M. RAJA DATIN SERI HAJAH SALBIAH BINTI TENGKU NUJUMUDIN SEMPENA PROGRAM TADARUS KHATAM AL – QURAN PERDANA 2016

Pada 16 Jun 2016 yang lepas, Y.M.Raja Datin Seri Hajah Salbiah Binti Tengku Nujumudin telah berkunjung ke SDAR untuk lawatan Rasmi sempena Program Tadarus & Khatam Al – Quran Perdana 2016 . Majlis ini diadakan di Masjid Al Quds SDAR.