Kokurikulum

SDAR GAMES 2019

Tarikh Program Dijalankan: 
Sabtu, 26 Januari 2019

Pelancaran SDAR GAMES turut dijalankan serentak pada Sabtu lepas. Sekaligus menyaksikan kejayaan yang telah dirangkul oleh setiap rumah bagi setiap acara yang telah dipertandingkan.

Berikut merupakan kedudukan terkini.

HKSBP 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 1 Julai 2018

Pelajar debat Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta Inovasi SDAR bersama-sama guru pengiring telah berangkat ke Pekan Pahang untuk menyertai HKSBP. Semoga pulang bersama kejayaan.

Kejohanan Memanah SBP Peringkat Kebangsaan

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 15 April 2018

Pasukan Memanah SDAR telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Memanah SBP Kebangsaan yang dijalankan di SBPI Rawang pada 15 April. Pasukan memanah SDAR telah memperolehi 1 anugerah emas, 3 anugerah perak dan 2 anugerah gangsa.

 

Tahniah dan syabas diucapkan.

Mini HKSBP 'Friendly' Negeri Sembilan

Tarikh Program Dijalankan: 
Jumaat, 6 April 2018

Pasukan Debat Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SDAR telah memperoleh kejayaan dalam Mini HKSBP 'Friendly' Negeri Sembilan yang berlangsung pada 6 hingga 9 April di SM Sains Perempuan.

 

1. Johan Debat Bahasa Melayu

2. Naib Johan Debat Bahasa Inggeris.

Halaman-halaman