PIBG

Taklimat Pengurusan Hal Disiplin Pelajar SDAR Bagi Tahun 2019

Tarikh Program Dijalankan: 
Selasa, 22 Januari 2019

Pada 22 Jan yang lepas, selepas solat Maghrib , telah diadakan taklimat berkaitan dengan pengurusan disiplin pelajar SDAR. Taklimat diberikan oleh En Wan Muhammad Taufik selaku SU Disilpin SDAR  dan dibantu oleh beberapa orang warden.

Selamat kembali ke sekolah!

Tarikh Program Dijalankan: 
Selasa, 1 Januari 2019

Seluruh warga Sekolah Dato' Abdul Razak mengalu-alukan kedatangan pelajar baharu Tingkatan 1 2019 serta semua pelajar bagi memulakan sesi persekolahan untuk tahun ini.

Semoga kehadiran tahun baharu ini menambahkan lagi keberkatan serta kejayaan bagi seluruh warga SDAR.

Sumbangan Baju Raya

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 3 Jun 2018

Sebahagian anak-anak SDAR mendapat sumbangan kelengkapan pakaian raya. Sumbangan ini diterima daripada PIBG,SDARA . Semoga dengan sumbangan ini, anak-anak ini dapat menyambut Aidilfitri dengan lebih meriah.

Kempen Sekampit Beras

Tarikh Program Dijalankan: 
Ahad, 3 Jun 2018

Warga Sekolah Dato' Abdul Razak turut mengadakan Kempen Sekampit Beras. Melalui kempen ini, guru serta pelajar menghulurkan bantuan kepada penduduk yang tinggal di kawasan pedalaman serta kurang berkemampuan.

Majlis Iftar Perdana 2018

Tarikh Program Dijalankan: 
Sabtu, 2 Jun 2018

Warga SDAR dengan kerjasama PIBG serta SDARA telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa Perdana pada 2 Jun 2018. Pelajar-pelajar serta hadirin berpeluang menikmati juadah berbuka puasa didalam dulang serta menunaikan terawih secara berjemaah di Surau Al-Quds.

Mesyuarat Agung Tahunan Pibg Sekolah Dato' Abdul Razak ke-39

Tarikh Program Dijalankan: 
Sabtu, 3 March 2018

        Pada hari Sabtu iaitu 3 Mac 2018 yang lalu, Sekolah Dato' Abdul Razak telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-39. Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Tuan Jamaludin Bin Buang iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).

GROUP FB PIBG SDAR

Para ibu bapa yang ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan hal anak-anak , pengurusan sekolah, asrama dan sebagainya , bolehlah menyertai grup PIBG SDAR. Admin yang menguruskan grup ini adalah wakil PIBG SDAR , terdiri daripada ibu bapa pelajar dan guru yang telah dilantik.

Halaman-halaman