
Visi
SDAR terbilang sebagai institusi pendidikan yang unggul di peringkat negara dan antarabangsa.
Misi
Memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar cemerlang melalui pengurusandan kepimpinan berkualiti. Melahirkan pemimpin dan warganegara berakhlak dan terbilang.
Moto
Berilmu Untuk Berjasa

Profil Pelajar SDAR
Ia mengejar kecemerlangan tanpa lupa daratan,
Berperwatakan hebat, bersopan,
Setinggi mana kejayaan ditempa,
Balik mencium tangan ibu bapa,
Di bahagian hadapan sebagai pembela,
Ilmu di dada menabur jasa,
Semakin memuncak cita-cita,
Semakin tunduk pada yang Esa.

Berilmu Untuk Berjasa I
Ilmu untuk berjasa,
Tujuan SDAR utama,
Sama menuntut ilmu,
Hingga kita jaya maju.
Berilmu untuk berjasa,
Kepada nusa dan bangsa,
Tatatertib patuhi nyata,
Tutur bahasa sama serta.
Panduan hidup untuk diri,
SDAR kekal abadi,
Ilmu untuk berjasa,
Kita tetap akan berjaya.