Sekolah Dato’ Abdul Razak, asal ditubuhkan atas nama
Sekolah Menengah Melayu di Johor Bharu pada 11 Mac 1956.
Cadangan yang termaktub di dalam Penyata Razak 1956 ini telah membuka peluang pelajar Melayu untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah bersama 80 orang pelajar dan 3 orang guru ditumpangkan di Sekolah Bukit Zaharah , Johor Bahru.
Sekolah Dato’ Abdul Razak, asal ditubuhkan atas nama Sekolah Menengah Melayu di Johor Bharu pada 11 Mac 1956.
Tanjung Malim, Perak
Pada Mei 1957, seramai 199 orang pelajar hasil gabungan sekolah Melayu dan Inggeris serta kolej tersohor di Semenanjung, SDAR telah berpindah dan ditempatkan di bangunan Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim (S.I.T.C).
Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan
Pada 2 Januari 1972, SDAR telah berpindah ke Jalan Sikamat, Seremban dan ditadbir oleh pengetuanya, Tuan Syed Jaafar. Bangunan sekolah baru ini telah dirasmikan pembukaannya pada 3 November 1973 oleh Yang Berbahagia Tun Hajjah Rahah binti Tan Sri Haji Mohd Noah.
Sungai Gadut, Seremban, Negeri Sembilan
Selaras dengan pengiktirafan sebagai sekolah elit berprestij tinggi, serta atas kejayaan SDAR melahirkan ramai pemimpin dan cendiakawan ulung maka sebuah kawasan seluas 42 ekar telah dianugerahkan pada SDAR di Sungai Gadut, Seremban pada tahun 2002.
Di bahagian hadapan sebagai pembela, Ilmu di dada menabur jasa
Setelah lebih separuh abad, Sekolah Dato' Abdul Razak masih megah berdiri dan sejak penubuhannya pada tahun 1956, SDAR telah melahirkan barisan pemimpin holistik.
Tahun Penubuhan
Tahun
Pelajar
Tenaga Pengajar
Inside SDAR’s Apple Learning Experience
Learning at SDAR is reimagined through Apple technology. With iPads in hand, our students explore ideas, solve real-world problems, and express themselves in powerful new ways — all while staying rooted in our mission: To Learn and To Serve.
Sekolah Dato' Abdul Razak Alumni (SDARA) merupakan sebuah badan persatuan bukan kerajaan yang berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia. Penubuhan persatuan ini adalah bertujuan sebagai medium bagi bekas pelajar SDAR untuk terus berbakti selaras dengan moto "Berilmu Untuk Berjasa".
SDAR terbilang sebagai institusi pendidikan yang unggul di peringkat negara dan antarabangsa.
Misi
Memberikan pendidikan terbaik kepada pelajar cemerlang melalui pengurusan dan kepimpinan berkualiti. Melahirkan pemimpin dan warganegara berakhlak dan terbilang.
Ia mengejar kecemerlangan tanpa lupa daratan, Berperwatakan hebat, bersopan, Setinggi mana kejayaan ditempa, Balik mencium tangan ibu bapa, Di bahagian hadapan sebagai pembela, Ilmu di dada menabur jasa, Semakin memuncak cita-cita, Semakin tunduk pada yang Esa.